Patterned Text Generator at TextSpace.net

Thursday, October 22, 2009

LELAKI IDAMAN...

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta, buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha . Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi. Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah. Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya .
Biarlah dia seorang bisu...
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan. Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran. Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan. Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran. Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan lantang menyuarakan kebenaran.
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil...
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya. Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya . Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya. Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya. Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya . Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya. Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH kembali megah di muka bumi .

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa...
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat. Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat . Papa memiliki akhlak mazmumah. Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan . Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia. Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri dia mahu menjadi seorang syuhada. Yang syahid di jalan Maha Esa
Persoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??

LELAKI??BOLEH JADI IMAM KE??

LELAKI??BOLEH JADI IMAM KE??
Kalau perempuan tidak boleh memasak,dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya."Habis sekarang kenapa tidak belajar?"Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat."Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami,perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asinglagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajar iilmu menjadi imam. Ilmu bermain videogame di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah pandai boleh mengimam satu taman perumahan juga."Sibuk suruh kita handal memasak,mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan merekase bagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar,apa salahnya lelaki!

BUAT ADAM...BKN NUR KASIH

BUAT ADAM, TEMANKU…

Wanita....dlm diam tersimpan seribu erti..dlm kelembutan tersimpan kemahuan,dlm solehahnye dirimu...tersimpan kenakalan...engkau membawa adam itu ke syurga...mahupun engkau jua yg akan mengheret Adam itu ke neraka...kerana imanmu tidak setanding Adam...kerana akalmu tidak sebijak Adam...maka engkau yg akan dipersalahkan...atas setiap kerosakan yg berlaku pada Adam...padahal bukankah engkau yg perlu dibimbing????untuk Adam...dengarlah rintihan kami...bimbinglah kami...kerana bila kami menyayangimu...segala tuturmu akan kami ikutkan...bicaralah pada wanita di luar sana yang kamu cintai...suruhlah mereka menutup aurat...suruhlah mereka ikut ajaran agama...kerana pasti kami{wanita} akan turuti...

background