Wednesday, February 3, 2010

~~mUhasAbaH ciNtAku~~

muhasabah cintaku

Ya Allah..

Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku..bawalah
dia jauh dari pandanganku..luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah
sekeping hatiku ini dari kekecewaan..

.. ..

Ya Allah, ya tuhanku..

Hanya kau yang mengerti diri dan hati ini..berikanlah aku
secebis kekuatan untuk menolak bayangnya j...auh ke dada langit..dan ia
pergi..lalu hilang bersama-sama kesuraman senja..agar aku bisa tenang walaupun
tanpa bersamanya..

.. ..

Ya Allah..

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu..sesungguhnya hanya kau
yang mengetahui segala yang terbaik untuk
diriku dan sesungguhnya apa yang kau takdirkan itu adalah yang terbaik
untukku..

.. ..

Ya Allah..

Cukuplah hanya engkau yang menjadi pemeliharaku..di dunia
yang fana ini mahupun di akhirat yang kekal abadi..dengarkanlah rintihan
hambamu yang daif ini..janganlah kau biarkan ku sendiri dalam menjalani hidup
di dunia ini mahupun di akhirat kelak..kau peliharalah sekeping hati ini agar
sentiasa dalam landasan kebenaranMU...

0 comments:

background